Thursday, 7 June 2012

Tafsir Surah al-Falaq

Ayat 1 - 5

1. Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (Yang Menguasai waktu) subuh.
2. Dari bahaya (kejahatan) makhluk.
3. Dan dari bahayanya (kejahatan) malam apabila telah gelap.
4. Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengembus (tukang sihir) pada simpulan.
5. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengki apabila ia dengki.

AL-FALAQ bermakna WAKTU SUBUH termasuk golongan surah-surah MAKKIYAH. Mengandungi 5 ayat 25 kalimat dan 74 huruf.

Tersebut di dalam hadis bahawa Nabi saw. bersabda:
"Senya telah turun atas ku dua surat yang tiada pernah turun sebelumnya dan bahawasanya tiada dibaca dua surah yang lebih keredhaan pada Allah Ta'ala daripada keduanya iaitu Qul a'udzu birabbil falaq (surah Al-Falaq), dan Qul a'udzu birabbin naas (surah surah Al-Naas).

Asbab An Nuzul

Astaa'labi berkata: Ibn Abbas dan A'isyah ra. keduanya berkata: Dahulu ada seorang pemuda yahudi melayani Nabi saw. Lalu diminta padanya oleh orang-orang Yahudi untuk mengambilkan sikit dan rambut bekas sikatan Nabi saw. dan beberapa gigi sikatnya, lalu diberikan semua itu kepada orang yahudi dan dengan itulah mereka melakukan sihirnya, sedang yang melaksanakan semua itu ialah Labid bin A'sham kemudian dimasukkan ke dalam sumur (telaga) Dzarwan milik Bani Zariq, maka sakitlah Rasulullah saw. dan luruhlah rambutnya, selama lebih kurang enam bulan. Seakan-akan ia berkumpul dengan isterinya padahal tidak, sedang badannya bertambah kurus, sehingga pada suatu malam ketika ia sedang tidur, tiba-tiba datang dua Malaikat yang satu duduk di dekat kakinya sedang yang lain duduk di sisi kepalanya.

Lalu yang duduk di dekat kakinya bertanya: Mengapa orang ini?
Dijawab: terkena sihir.
Siapakah yang menyihirnya?
Labid bin A'sham (seorang yahudi).
Dengan apakah ia meyihirnya?
Dengan gigi sikat dan rambutnya.
Di manakah?
Di dalam sumur (telaga) Dzarwan dalam kulit kurma

Kemudian Nabi saw. bangkit dari tidurnya lalu bersabda Hai A'isyah: Allah telah memberitahu tentang penyakitku. Lalu baginda mengutus Ali bin Abi Thalib dan Azzubair bin Al Awwaam dan Ammar bin Yasir ra. Ialu mereka mengeringkan air telaga itu kemudian mereka mengangkat batu dan mengeluarkan kulit kurma yang mengandungi rambut dan gigi sikat yang diikat dengan tali dan penuh dengan jarum.

Maka Allah menurunkan kedua surat ini, maka tiap dibaca (tiap ayat daripadanya) maka terbukalah tiap ikatan yang ada di dalamnya sehingga terbuka semua ikatannya dan terasa ringan badan Nabi saw. sedang Malaikat Jibril membaca "Bismillahi arqika min kulli syai'in yu'dzika min haa sidin wa ainin Allahu yasy fika". Maka sahabat bertanya "Apakah tidak kita tangkap saja penjahat itu dan kita bunuh?" jawab Nabi saw. "Allah telah menyembuhkan aku dan aku tidak suka membangkitkan kejahatan di tengah orang ramai"

Keterangan

Uqbah bin Aamir ra. berkata: Ketika saya melihat kendaraan Nabi saw. di salah satu jalanan tiba-tiba Nabi saw. bersabda: Hai Uqbah apakah anda tidak mau mengendarai? Aku masih kuatir kalau-kalau itu merupakan satu dosa, tapi Nabi saw. lalu turun dari kenderaannya dan terpaksa aku mengendarainya, kemudian setelah giliran Nabi saw. mengendarai, baginda bersabda kepadaku: "Hai Uqbah sukakah engkau aku ajarkan kepadamu dua surah yang sebaik-baik yang dibaca oleh manusia?" Jawabku "Baiklah ya Rasulullah", lalu baginda mengajar kepada ku "Qul a'udzu bi abbil falaq, Qul a'udzu birabbin naas" kemudian iqamah untuk solat maka Rusulullah saw. maju kehadapan untuk menjadi imam. Kemudian Nabi saw. bertemu lagi dengan ku dan bertanya "Bagaimana pendapatmu hai Uqbah, bacalah kedua surah itu tiap akan tidur dan bangun"
(HR. Ahmad, Abu Dawud, Annasa'i)

A'isyah ra.: Rasulullah saw. jika merasa sakit baginda membaca surah Almu'awwidzat (Qul a'udzu bi abbil falaq dan Qul a'udzu birabbin naas) di atas kedua tapak tangannya lalu meniupnya dan mengusapkannya ke badan mukanya hingga semua badannya.





Keistimewaan Surah Al-Falaq

1.  Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”  (HR Muslim r.a.)
.
2.  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”
.
3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”

Tafsir ayat demi ayat

1.  Firman Allah SWT:
113:1
.
Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh/makhluk.
 .
Surah ini dimulakan dengan ‘Qul’ yang membawa maksud ‘katakanlah’ kerana Allah telah perintahkan Rasul-Nya berkata demikian.
Falaq’ pula adalah cahaya ‘waktu Subuh’ atau ‘seluruh makhluk’Kedua-dua pengertian ini sesuai dengan ayat-ayat Surah Al-Falaq yang seterusnya.
Sayid Qutub berpendapat boleh dipakai sama ada dengan pengertian: ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi.’ atau menggunakan pengertian; ‘Aku mohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.’
 .
.
2.  Firman Allah SWT:
                              113:2
.
Dari kejahatan makhluk-Nya.
 .
Berkenaan dengan ayat ini, ia adalah semua kejahatan yang diciptakan seperti Iblis dan keturunannya. Setiap makhluk di dunia mempunyai kebaikan dan kejahatan masing-masing. Menjadi lumrah kepada menusia sukakan kebaikan dan bencikan keburukan.
Perlindungan yang perlu kita pohonkan di sini ialah dipelihara daripada kejahatan agar hanya kebaikannya sahaja yang tinggal. Hanya Allah mampu menapis unsur-unsur jahat daripada terus menganiaya umat manusia yang bergantung harap kepadaNya.
Al-Maraghi mentafsirkan: “Aku berlindung, memohon pelindung kepada zat yang menjadi Tuhan semua makhluk, pencipta segala yang ada dari segala penyakit dan keburukan yang menimpaku antara salah satu makhluk daripada makhluk-makhluk seluruhnya.”
 .
.
3.  Firman Allah SWT:
113:3
.
Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.
 .
Maksud ayat ini pula adalah ‘matahari apabila tenggelam’ atau ‘malam yang berlabuh’, kerana pada waktu itulah keluarnya binatang buas dan serangga juga berkeliarannya para penjahat. Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup segala sesuatu dengan kegelapannya.
Waktu malam yang gelap-gelita itu mengerikan dan menimbulkan ketakutan kerana kegelapan malam menjadi tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan kegelapan malam menolong bagi musuh.
Juga apabila malam mula menyelubungi, pelbagai bentuk kejahatan bisa mengganggu manusia. Serangan binatang buas, gangguan ahli sihir, dianiaya dukun, perompak dan tergeraknya nafsu syahwat atas perkara yang jijik adalah sebahagian daripada bentuk kejahatan yang mungkin berlaku. Ini kerana, kegelapan malam mendorong syaitan untuk mempergiat usaha menggugat iman manusia yang sudah sedia goyah.
 .
.
4.  Firman Allah SWT:
113:4
.
Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan.
 .
Ketaksuban masyarakat kepada makhluk halus (jin, hantu dan seumpamanya) menyebabkan keimanan mereka terpesong lalu percaya bahawa kuasa itu mampu memberikan mereka “sesuatu”. Sedang pada hakikatnya, ilmu sihir tidak lebih sekadar menipu pancaindera manusia agar timbul perasaan takut atau mungkin berharap. Sekiranya gejala ini tidak dibendung, maka manusia semakin hampir dengan melakukan maksiat terbesar di atas muka bumi iaitu syirik pada Allah SWT… Na’uzubillah minzalik.
 .
.
5.  Firman Allah SWT:
113:5
.
Dan daripada kejahatan pendengki bila ia dengki.
 .
Sifat dengki, suatu yang negatif dan sering timbul apabila seseorang merasakan dirinya kurang daripada individu yang lain. Ia boleh mengundang gejala yang lebih besar kerana si pendengki mungkin akan berbuat apa sahaja agar kelebihan tadi ditarik balik daripada pemilik asal tidak kira dengan apa kaedah sekalipun. Atau, ia mungkin sekadar menimbulkan rasa cemburu. Walau apa sekalipun, dengki harus dibuang atau mungkin kita boleh melatih diri untuk melakukan tindak balas positif atas sikap ini. Sifat dengki seharusnya dijadikan pemangkin ke arah mempergiat usaha supaya menjadi insan yang lebih baik.
.
Wallahu A’lam bishowab

No comments:

Post a Comment