Friday, 25 May 2012

Niat

      


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Bersyukur kita kerana telah dikurniakan nikmat yang sangat besar iaitu nikmat iman dan islam. Moga-moga kita diberi hidayah oleh Allah s.w.t. InsyaAllah

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة
 " Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'



       Mungkin ada kita yang sudah mendengar hadis ini dan ada juga antara kita yang baru hari ini diberi peluang oleh Allah untuk membaca hadis ini. Namun sekadar mengetahui tanpa memhami tidak memberi apa-apa kesan kepada kita. Ibarat jika kita makan juadah yang lazat dengan menahan nafas. Seolah-olah juadah tersebut rasa seperti ada kekurangannya. Seolah-olah juga seperti kita kehilangan deria rasa.Sekarang kita kembali kepada agenda kita iaitu sekadar mengetahui tanpa memahami atau menghayati seolah-olah tidak lengkap sesuatu perkara tersebut, lebih-lebih lagi ILMU.
      Niat? sesetengah individu memandah enteng mengenai niat. Apakah sebab yang menyebabkan individu tersebut beranggapan seperti itu? Rasulullah telah mengajar kita mengenai niat. Namun kita tidak pernah mengambil peduli mengenai makna disebalik hadis ini. Hadis ini turun kerana seorang lelaki yang mengikut Rasullulah berhijrah dari Makkah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. 

     Oleh itu, Quranic group dibina atas niat yang murni selari dengan saranan Rasulullah. InsyaAllah kelahiran blog ini mampu membimbing kita kepada paksi-paksi ketaqwaan. Para pembaca diharap dapat meluangkan masa untuk membaca artikal-artikal yang disediakan dan juga menyumbang segala ilmu yang ada dalam blog ini. Segala komen, cadangan dan pertanyaan amat dialu-alukan. Semoga blog ini dijiwai dengan keimanan yang bersungguh-sungguh bagi mencapai keredhaan Allah. InsyaAllah setiap dari kita dapat menetapkan niat yang baru ataupun memperbaharui niat kita selagi nafas dikandung badan. Niatkan agar setiap ilmu yang kita kongsikan hanyalah semata-mata kerana Allah dan kebaikan hati nurani kita.

keteranagan lebih lanjut.

buka hati,
sahutlah seruan Ilahi
.

No comments:

Post a Comment